Wednesday, 24 August 2011

perkembangan baju batch (amer, 2011)

salam hijauBumi semua...


tgk pd entry sblm ni, Fitri dah mcm merajuk sbb asik die je update blog ni...jd utk memujuk beliau, aku plak tulis utk entry kali ni,hahahaha.... (jgn mara Fit) OK, spt yg kita sedia maklum & Fit pon dah update psl keputusan rasmi design baju batch kita, team Topek & JR dah berjaya memenangi hati majoriti Ahli Majlis Mesyuarat Tingkap JKKKKKK hijauBumi, hehehehe...


mesti korang pikir, ape yg aku buat selama cuti ni kan...dah le keputusan rasmi lambat kuar, update kat blog pon Fit yg tolong wakilkan...rilek2...even aku senyap jer sejak dua menjak ni, aku sbnr nya sedang mencari beberapa company/syarikat/persendirian yg wat baju kita ni...byk gak ar aku g usha, tp ape aku kesah, ni semua utk kebaikan group gak kan?? letih tu blakang crita~ mmg dah lame kita plan nk wat baju, tp tertangguh sbb halangan yg x boleh d elakkan...


drpd pemerhatian aku, harga dr semua kedai2 x jauh beza...cuma kena pandai tawar-menawar & 'ugut-mengugut' jer...(mksd aku x mo buat kat die la,haha...) jd aku dah jmpa satu company ni yg aku rasa yg terbaek utk merealisasikan impian kita ni... harga baju masih dlm rundingan (sbb harga baju depends kpd bilangan order, lg byk lg murah...) spt Fit dah ckp sblm ni, harga die around rm20-rm30 utk order 40+-...


kat sini aku nk cadangkan kpd semua lelaki pkai short sleeve & perempuan long sleeve (harga tmbh sket je) kalo boleh seragam la, x mo la laki ada pkai short & long sleeve, x cantik nnt...aku bg pelepasan kpd perempuan pkai long sleeve sbb amik kira aurat diorg...nnt kalo pkai short sleeve nk kena pkai hand-sock lg....leceh la~ dah la mekap berjam2, nnt d sbb kan pkai hand-sock bagai, berhari2 plak nk siap... (jgn mara haa kaum hawa,haha...)


aku rasa cukup la stakat ni saja UPDATE terkini baju batch kita ni, nnt kalo ada pape lg, aku akan tulis lg k~


see yaa~
(amer, 2011)

Baju Rasmi HijauBumi Group

Assalamualaikum.

Jangan korang persoalkan kenapa asyik-asyik aku je yang buat entri, haha. Saja nak hidupkan blog ni hah. Ok, seperti yang dah diberitahu Amir, kita dah ada pemenang untuk design baju kelas. Jadi, pemenangnya seperti yang semua sedia maklum adalah rekaan oleh JR dan Taufik.

ini dia hah.
Jadi tahniah diucapkan kepada JR dan Taufik yang berjaya meraih pengundi tanpa wujud isu pengundi hantu, hehe. Baju yang aku design tak dapat undian langsung, haha. Ok, segala urusan tempahan akan dimulakan awal semester depan, insyaAllah. Maklumat lanjut nanti akan diberitahu oleh Amir lah kan. Jadi, korang dah boleh siap-siap senaman supaya bila tempah baju nanti, saiz badan sama seperti sebelum cuti eh. Maklumlah, 4 bulan cuti. Mesti ada yang bertambah saiz punya, haha. Lagi satu duit tu sediakan lah eh. Aku rasa tak mahal pun baju, dalam RM 20-30 je kot. Ini peluang terakhir nak buat baju sama-sama, lepas ni dah habis belajar kan. Jadi jangan lepaskan peluang. Kalau boleh biar semua beli.

Ok, insyaAllah baju ni kita boleh pakai sama-sama pergi lawatan ke, tak pun mungkin buat gempak sikit pakai ramai-ramai pergi kelas, hehe. Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan sebab bagi kerjasama dalam proses undi. Ni aku wakilkan Amir je lah, dia yang paling banyak buat kerja. 

Cukuplah tu, aku taip panjang-panjang bukan korang baca kan. Jadi, jumpa lagi sem depan ok. InsyaAllah panjang umur, jumpalah kita. Sekian, wassalam.

-Fitri-

Saturday, 16 July 2011

Hati-hatilah

Assalamualaikum.

Mungkin ada yang sedia maklum mengenai kes simbahan asid baru-baru ini di Uptown Shah Alam. Kejadian simbahan asid nampaknya semakin menjadi-jadi sekarang. Jadi aku harap korang semua dapat mengambil langkah berhati-hati ketika berada di luar. Sekarang ni sesiapa pun boleh jadi mangsa, tak kira siapa. Lelaki pun berkemungkinan untuk terkena, siapa tahu?

Jadi ada cadangan untuk langkah berjaga-jaga yang korang boleh amalkan, di samping bertawakal. Cuba baca di bawah ni, hehe:

1. Elakkan dari berjalan seorang diri, dan amalkan jalan berkumpulan. Terutamanya di waktu malam. Memang benda kalau dah nak jadi, pasti terjadi, tapi sekurang-kurangnya kita ada teman untuk meminta pertolongan kan?



2. Elakkan dari keluar waktu lewat malam. Waktu lewat malamlah antara waktu termudah untuk terkena kes-kes jenayah ni, sebabnya waktu malam kan gelap, orang pun kadang-kadang tak perasan dengan keadaan sekeliling.


3. Elakkan dari berada di tempat-tempat sunyi terlampau lama. Kalau ada kat tempat sunyi terlampau lama, penjenayah ni biasanya akan tumpu lebih kat kita, siap dengan plan lagi apa nak buat.



4. Kurangkan waktu bersosial. Tak ada masalah pun kan kalau kurang bersosial? Sekali sekala tak apa, jangan terlampau kerap. Tak rugi pun kalau tak bersosial selalu. Lagi-lagi dalam keadaan jenayah berleluasa sekarang ni.

Ok, aku saja nak bagi tips-tips ni, walaupun mungkin semua dah besar, tau jaga diri. Tapi ini sekadar untuk mengingati, sebab aku sayang korang, huhu. Jagalah diri, walau kat mana korang berada ok? =)

-Fitri-

Thursday, 16 June 2011

hari undian - design baju HijauBumi!!! - (amer, 2011)




salam HijauBumi kpd rakyat jelata sekalian...

suka-citanya d maklumkan bahawa pd tarikh 1 Julai 2011 bersamaan hari Jumaat yg mulia, aku akan release kan semua design2 yg d buat oleh rakan2 kita yg dah pun selamat sampai kpd aku...aku ucapkan trima kaseh kpd yg membantu, dan aku bercadang nak berikan sedikit cenderahati kpd yg menyumbangkan idea2 utk design baju ini....Insyaallah~


kpd yg laen yg nk hntr design, korang masih ada dlm 2 mggu lg sblm tarikh akhir...aku berharap semua ahli hijaubumi dpt berikan sokongan kpd projek baju ini dan hargai usaha keras rakan2 yg laen...jgn pula pasni merungut baju x cantik or pape, sbb aku dah buka peluang utk men-design kpd semua...jd trima je la final design nnt...


pada tarikh tersebut, aku akan release kan semua design yg ada kat group HijauBumi...tugas anda ---> sila 'like' design yg paling anda berkenan utk d jd kan baju team kita nnt...tiap sorang hanya boleh vote sekali shj...aku akan pantau dr semasa ke semasa vote korang nnt...sape yg buat double vote, aku reject vote die...


faham?? mudah je...bdk tadika pon blh buat,huhuhu.... utk pengetahuan korang, vote ini akan berlangsung selama sebulan utk beri masa korang berfikir masak2 & memberi peluang kpd rakan2 yg tiada access internet untuk sama2 memberi vote mereka...


pd 31 Julai 2011, aku akan tutup proses vote ni dan kita tentukan design mana yg akan bakal d hantar ke kedai yg bertanggungjawab utk d cetak ke ats t-shirt HijauBumi kita nnt~


bulan seterusnya, aku akan survey sebanyak mana yg aku manpu kedai yg blh buat baju kita ni...harga yg terbaik & kualiti yg memuaskan akan d pilih utk d anugerahkan "tender" utk baju HijauBumi ni, hehehe...aku anggarkan sehelai baju x lebih dr rm30...


JADI....time awl sem nnt, drpd beribu ringgit duet loan korang tu, sila reserve kan rm30 utk baju OK??? itu sahaja aku nk bitau korang...harap semuanya akan berjalan dgn lancar spt yg d rancang...AMINN~



p/s: selamat berpraktikal utk bulan kedua~ =D





Yg menulis:
-Amir Husaini-

Monday, 13 June 2011

Perasmian

Assalamulaikum.

Kepada semua warga HijauBumi Group. Hari ini 13 Jun 2011, atas persetujuan bersama admin-admin kumpulan kita bersepakat untuk mewujudkan blog rasmi ini. Tujuannya adalah untuk memberi kemudahan penyaluran maklumat kepada semua ahli kumpulan. Aku secara peribadi pun rasa perkara ini sangat bagus, dan blog ini boleh dikekalkan sehingga kita tamat pengajian nanti sekalipun.

Buat masa ini, penulis blog ini terhad kepada 4 orang iaitu Mubin, Awang, Amir dan Fitri. Kalau ada sesiapa yang nak jadi penulis blog ni pun boleh juga, hehe. Tak ada masalah. 

Kenapa menggunakan medium blog, walaupun sudah ada laman facebook?

Jawapannya kerana dalam blog lebih mudah untuk menerangkan perkara-perkara yang panjang. Contohnya kalau nak cerita pasal tugasan, memo, dan lain-lain hal yang panjang, leceh kalau nak guna facebook. Jadi, guna blog lebih mudah.

Ok, itu saja aku nak cakap. Panjang-panjang pun bukan korang baca, haha. Jadi, selamat maju jaya kepada kumpulan kita. Yang bertugas -Fitri-

trip terbaik! :D