Assalamualaikum.
Jangan korang persoalkan kenapa asyik-asyik aku je yang buat entri, haha. Saja nak hidupkan blog ni hah. Ok, seperti yang dah diberitahu Amir, kita dah ada pemenang untuk design baju kelas. Jadi, pemenangnya seperti yang semua sedia maklum adalah rekaan oleh JR dan Taufik.
![]() |
| ini dia hah. |
Jadi tahniah diucapkan kepada JR dan Taufik yang berjaya meraih pengundi tanpa wujud isu pengundi hantu, hehe. Baju yang aku design tak dapat undian langsung, haha. Ok, segala urusan tempahan akan dimulakan awal semester depan, insyaAllah. Maklumat lanjut nanti akan diberitahu oleh Amir lah kan. Jadi, korang dah boleh siap-siap senaman supaya bila tempah baju nanti, saiz badan sama seperti sebelum cuti eh. Maklumlah, 4 bulan cuti. Mesti ada yang bertambah saiz punya, haha. Lagi satu duit tu sediakan lah eh. Aku rasa tak mahal pun baju, dalam RM 20-30 je kot. Ini peluang terakhir nak buat baju sama-sama, lepas ni dah habis belajar kan. Jadi jangan lepaskan peluang. Kalau boleh biar semua beli.
Ok, insyaAllah baju ni kita boleh pakai sama-sama pergi lawatan ke, tak pun mungkin buat gempak sikit pakai ramai-ramai pergi kelas, hehe. Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan sebab bagi kerjasama dalam proses undi. Ni aku wakilkan Amir je lah, dia yang paling banyak buat kerja.
Cukuplah tu, aku taip panjang-panjang bukan korang baca kan. Jadi, jumpa lagi sem depan ok. InsyaAllah panjang umur, jumpalah kita. Sekian, wassalam.
-Fitri-

No comments:
Post a Comment