Wednesday 24 August 2011

perkembangan baju batch (amer, 2011)

salam hijauBumi semua...


tgk pd entry sblm ni, Fitri dah mcm merajuk sbb asik die je update blog ni...jd utk memujuk beliau, aku plak tulis utk entry kali ni,hahahaha.... (jgn mara Fit) OK, spt yg kita sedia maklum & Fit pon dah update psl keputusan rasmi design baju batch kita, team Topek & JR dah berjaya memenangi hati majoriti Ahli Majlis Mesyuarat Tingkap JKKKKKK hijauBumi, hehehehe...


mesti korang pikir, ape yg aku buat selama cuti ni kan...dah le keputusan rasmi lambat kuar, update kat blog pon Fit yg tolong wakilkan...rilek2...even aku senyap jer sejak dua menjak ni, aku sbnr nya sedang mencari beberapa company/syarikat/persendirian yg wat baju kita ni...byk gak ar aku g usha, tp ape aku kesah, ni semua utk kebaikan group gak kan?? letih tu blakang crita~ mmg dah lame kita plan nk wat baju, tp tertangguh sbb halangan yg x boleh d elakkan...


drpd pemerhatian aku, harga dr semua kedai2 x jauh beza...cuma kena pandai tawar-menawar & 'ugut-mengugut' jer...(mksd aku x mo buat kat die la,haha...) jd aku dah jmpa satu company ni yg aku rasa yg terbaek utk merealisasikan impian kita ni... harga baju masih dlm rundingan (sbb harga baju depends kpd bilangan order, lg byk lg murah...) spt Fit dah ckp sblm ni, harga die around rm20-rm30 utk order 40+-...


kat sini aku nk cadangkan kpd semua lelaki pkai short sleeve & perempuan long sleeve (harga tmbh sket je) kalo boleh seragam la, x mo la laki ada pkai short & long sleeve, x cantik nnt...aku bg pelepasan kpd perempuan pkai long sleeve sbb amik kira aurat diorg...nnt kalo pkai short sleeve nk kena pkai hand-sock lg....leceh la~ dah la mekap berjam2, nnt d sbb kan pkai hand-sock bagai, berhari2 plak nk siap... (jgn mara haa kaum hawa,haha...)


aku rasa cukup la stakat ni saja UPDATE terkini baju batch kita ni, nnt kalo ada pape lg, aku akan tulis lg k~


see yaa~
(amer, 2011)

Baju Rasmi HijauBumi Group

Assalamualaikum.

Jangan korang persoalkan kenapa asyik-asyik aku je yang buat entri, haha. Saja nak hidupkan blog ni hah. Ok, seperti yang dah diberitahu Amir, kita dah ada pemenang untuk design baju kelas. Jadi, pemenangnya seperti yang semua sedia maklum adalah rekaan oleh JR dan Taufik.

ini dia hah.
Jadi tahniah diucapkan kepada JR dan Taufik yang berjaya meraih pengundi tanpa wujud isu pengundi hantu, hehe. Baju yang aku design tak dapat undian langsung, haha. Ok, segala urusan tempahan akan dimulakan awal semester depan, insyaAllah. Maklumat lanjut nanti akan diberitahu oleh Amir lah kan. Jadi, korang dah boleh siap-siap senaman supaya bila tempah baju nanti, saiz badan sama seperti sebelum cuti eh. Maklumlah, 4 bulan cuti. Mesti ada yang bertambah saiz punya, haha. Lagi satu duit tu sediakan lah eh. Aku rasa tak mahal pun baju, dalam RM 20-30 je kot. Ini peluang terakhir nak buat baju sama-sama, lepas ni dah habis belajar kan. Jadi jangan lepaskan peluang. Kalau boleh biar semua beli.

Ok, insyaAllah baju ni kita boleh pakai sama-sama pergi lawatan ke, tak pun mungkin buat gempak sikit pakai ramai-ramai pergi kelas, hehe. Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan sebab bagi kerjasama dalam proses undi. Ni aku wakilkan Amir je lah, dia yang paling banyak buat kerja. 

Cukuplah tu, aku taip panjang-panjang bukan korang baca kan. Jadi, jumpa lagi sem depan ok. InsyaAllah panjang umur, jumpalah kita. Sekian, wassalam.

-Fitri-