Monday, 13 June 2011

Perasmian

Assalamulaikum.

Kepada semua warga HijauBumi Group. Hari ini 13 Jun 2011, atas persetujuan bersama admin-admin kumpulan kita bersepakat untuk mewujudkan blog rasmi ini. Tujuannya adalah untuk memberi kemudahan penyaluran maklumat kepada semua ahli kumpulan. Aku secara peribadi pun rasa perkara ini sangat bagus, dan blog ini boleh dikekalkan sehingga kita tamat pengajian nanti sekalipun.

Buat masa ini, penulis blog ini terhad kepada 4 orang iaitu Mubin, Awang, Amir dan Fitri. Kalau ada sesiapa yang nak jadi penulis blog ni pun boleh juga, hehe. Tak ada masalah. 

Kenapa menggunakan medium blog, walaupun sudah ada laman facebook?

Jawapannya kerana dalam blog lebih mudah untuk menerangkan perkara-perkara yang panjang. Contohnya kalau nak cerita pasal tugasan, memo, dan lain-lain hal yang panjang, leceh kalau nak guna facebook. Jadi, guna blog lebih mudah.

Ok, itu saja aku nak cakap. Panjang-panjang pun bukan korang baca, haha. Jadi, selamat maju jaya kepada kumpulan kita. Yang bertugas -Fitri-

trip terbaik! :D

1 comment:

amer_hoosynie said...

1st!!!hahahaha...gud job team!!! =D